Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan, petangni akan ditentukan sama ada esok kita semua akan berpuasa atau tidak. Walau bagaimana pun, saya pasti setiap umat Islam sudah bersedia untuk berjuang - berjuang melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan, insyaAllah.
Selamat berpuasa dan semoga segala amalan diterima Allah...

Friday, August 6, 2010

Pengeluaran Biasiswa

Peringatan kepada penerima biasiswa BKPU Tingkatan 6 Atas - sila buat pengeluaran sekurang-kurangnya 1 kali @ 2 bulan untuk membeli buku-buku rujukan dan latihan. Dapatkan borang kebenaran dari Puan Farizah atau Puan Norhasliza sebelum membuat pengeluaran. Jika tiada sebarang pengeluaran dibuat, kami menganggap anda tidak memerlukan biasiswa tersebut, oleh itu biasiswa anda akan ditarik balik.

Wednesday, July 21, 2010

Permohonan BKPU Online

Alhamdulillah, selesai sudah proses permohonan biasiswa BKPU secara online. Setelah disenaraipendekkan, hanya 17 orang pelajar 6 Bawah dan 7 orang pelajar 6 Atas sahaja yang layak memohon berdasarkan pendapatan penjaga dan keputusan SPM mereka.

Sunday, May 23, 2010

Data smm

Para pelajar tingkatan 6 Bawah diingatkan untuk melengkapkap borang data smm dengan kadar segera untuk diproses oleh Puan Zeta. Maklumat ini penting untuk pemilihan biasiswa, oleh itu isilah borang ini dengan tepat dan lengkap.

Monday, May 3, 2010

MUKADDIMAH




Seramai 17 orang pelajar Tingkatan 6 Atas menerima biasiswa BKPU bagi sesi 2009/2010. Satu majlis penyerahan kad ATM Biasiswa telah diadakan pada 13 April yang lalu. Dua orang pegawai dari Bank Simpanan Nasional telah berbesar hati menyampaikan kad-kad tersebut. Pelajar boleh mengeluarkan wang biasiswa menggunakan kad ini mengikut ketetapan iaitu pengeluaran tidak melebihi RM 150 dalamasa 2 bulan. Pesanan kepada penerima biasiswa : gunakanlah wang tersebut untuk kecemerlangan akademik.