Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan, petangni akan ditentukan sama ada esok kita semua akan berpuasa atau tidak. Walau bagaimana pun, saya pasti setiap umat Islam sudah bersedia untuk berjuang - berjuang melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan, insyaAllah.
Selamat berpuasa dan semoga segala amalan diterima Allah...

Friday, August 6, 2010

Pengeluaran Biasiswa

Peringatan kepada penerima biasiswa BKPU Tingkatan 6 Atas - sila buat pengeluaran sekurang-kurangnya 1 kali @ 2 bulan untuk membeli buku-buku rujukan dan latihan. Dapatkan borang kebenaran dari Puan Farizah atau Puan Norhasliza sebelum membuat pengeluaran. Jika tiada sebarang pengeluaran dibuat, kami menganggap anda tidak memerlukan biasiswa tersebut, oleh itu biasiswa anda akan ditarik balik.